Connect with us

Internasionál

Wartawan Al Jazeera mati ditembak di Tepi Barat

Published

on

Hatutan.com, (12 Mei 2022), JENIN-Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh, ditembak mati oleh tentera Israel, Rabu malam (11/05/2022), ketika dia membuat liputan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tepi Barat yang diduduki.

Wartawan mengawal jenazah jurnalis veteran Al Jazeera Shireen Abu Aqleh, yang ditembak mati oleh pasukan Israel saat meliput penggerebekan di kamp pengungsi Jenin di Tepi Barat pada 11 Mei 2022, di rumah sakit di Jenin. Foto/JAAFAR ASHTIYEH

Dikutip dari laman berita AFP bahwa Al Jazeera dan kementerian kesihatan Palestin mengesahkan kematian Shireen, 51 taun, seorang tokoh terkemuka dalam perkhidmatan berita Arab saluran itu.

Tentera Israel mengesahkan bahawa ia telah menjalankan operasi awal semalam di kem pelarian Jenin, kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin di utara Tepi Barat.

Ia menambah bahawa terdapat berbalas tembakan antara suspek dan pasukan keselamatan dan ia sedang menyiasat sama ada ‘wartawan cedera, mungkin oleh tembakan Palestin’.

Advertisement

Ketegangan meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila Israel bergelut dengan gelombang serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang sejak 22 Maret 2022, termasuk seorang pegawai polis Arab-Israel dan dua warga Ukraine.

Tentera Israel telah menyalahkan penduduk Jenin berhubung beberapa serangan dan telah meningkatkan operasi di kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Seramai 30 rakyat Palestin dan tiga warga Arab Israel telah terkorban dalam tempoh yang sama, menurut pengiraan AFP, antaranya pelaku serangan dan mereka yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel dalam operasi Tebing Barat.

Qatar kecam pembunuhan wartawan Al Jazeera di Tepi Barat

Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh. Foto/EPA

Kementerian Luar Qatar mengecam pembunuhan wartawan veteran Al Jazeera oleh tentera Israel di Tepi Barat.

Wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh (51 tahun), ditembak mati di bandar Jenin. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi, ditembak di belakang, menurut Kementerian Kesehatan Palestin.

Advertisement

“Penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh dengan menembaknya di muka ketika beliau memakai jaket media dan topi keledar,” ciap Pembantu Menteri Luar Negeri, Lolwah Alkhater di Tweeter.

Alkhater menegaskan bahawa wartawan Akleh sedang membuat liputan serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin apabila wartawan wanita itu dibunuh.

“Keganasan yang didokong negara Israel ini mesti dihentikan, sokongan tanpa syarat kepada Israel mesti ditamatkan,” tambahnya.

Sumber: AFP/ Agensi Anadolu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Internasionál

Xanana Husu Universidade sira iha Portugal Aumenta Vaga Bá Estudante Timoroan iha Área Direitu

Published

on

By

Hatutan.com, (27 Juñu 2026), Lisboa – Primeiru-Ministru Xanana Gusmão, Kinta (25/06/2026), a hala’o enkontru kortezia ho reitór no diretór universidade sira iha Portugal, inklui Universidade Católica, Universidade Nova de Lisboa, Fakuldade Direitu Universidade Porto, Coimbra no Braga, no mós Prezidente Institutu Medisina Legál, hodi diskute apoiu bá dezenvolvimentu rekursu umanu iha seitór justisa Timor-Leste nian.

(more…)

Continue Reading

Internasionál

PM Xanana Vizita Fundasaun Mário Soares, Reforsa Valor Demokrásia no Memoria Istórika

Published

on

By

Hatutan.com, (24 Juñu 2026), Lisboa– Primeiru-Ministru Kay Rala Xanana Gusmão, hala’o vizita kortezia bá Fundasaun Mário Soares, iha Lisboa, hanesan parte hosi programa ofisiál vizita servisu iha Portugal.

(more…)

Continue Reading

Internasionál

Timor-Leste Asume Prezidénsia CPLP Tuir Mai

Published

on

By

Hatutan.com, (23 Juñu 2026) Lisboa – Primeiru-Ministru Xanana Gusmão, anúnsia katak Timor-Leste sei sai nasaun tuirmai atu asume Prezidénsia Pro Tempore Komunidade Países de Língua Portuguesa (CPLP).

(more…)

Continue Reading
Advertisement

Trending